Thursday, December 2, 2010

Apa nak jadi daa


Semalam harga minyak dinaikkan lagi . sudah tentu kenaikn harga barang 2 lain tidak dapat dielakkan .. kita sebagai rakyat marhaen ni nak kata apa lagi. ikut sahaja lah .ni hari 5 hb ni rakyat selangor nak tunjuk perasaan secara aman tentang kenaikan harga air oleh SYABAS. tanpa mperbincangan tanpa dibawa ke kerajaan negeri syabas memandai 2 naikkan harga air. lepas tu lak ceo dia kan main sombong lagi

Friday, November 12, 2010

Taiping La nie


Salam utk semua . la ni kat taiping musim hujan . pagi hujan ... ptg hujan malam hujan . kaki kembang . baju x kering . serba lembab. adoiii . tapi tak pe sebab ini semua pemberian allah kan . laman blog aku ni pon lama 2 sekali baru aku up date.
sekarang aku nak komen pasal budak 2 perempuan yg sekarang ni malu nya hilang entah kemana. kadang aku pun nakal juagak dok test depa melalui on line . nak tngk akai depa . Lama sikit kenal mual lah nak suruh top up laah . nak gune duit lah . ayah tak sporting lah . yg mana semua nya sebenarnya nak bebas sahaja . bila kita bagi bebas mula lah x sedar diri.. sedar 2 dan tahu 2 sahaja kita kena pergi ambil di LOMBOK . LAH .
KENAPA GAK NYA GADIS 2 MELAYU NI MUDAH SANGAT JADI ROSAK GITU .

Sunday, September 26, 2010

menonangkan diri dikaki gunung Bubu. 24. 25 .9.2010







asalamualaikum . . lamo gak indoh ku update kan. blog ini . ondaik banyak tang kerojo nak di buek . raso 2 nya indo ku tolok laie. totapi sekali ku melangkah segalo halangen aken ku tompuhi dongan saba.
baru 2 ini saya dgn kawan pergi mengasingkan diri di kaki gunung bubu. kawan ada sebuah pondok dusun yg boleh kami guna untuk berehat 2sambil berkelah dan menikmati alam dengan aman dan jauh dari hiruk pikuk kota.
sambil merenung kejadian alam dan mengkoreksi diri . ya allah sungguh hebat alam ciptaan mu ini . disini ku selitkan beberapa keping gambar suasana disana utk kita kongsi bersama

Tuesday, August 3, 2010

Perak Darul Ridzuan ..? apo nak jadi



Semalam DUN Perak bersidang lagi. Walaupun x suka dan meluat ahli 2 wakil rakyat PR tetap pergi juga dengan hati yang terbuka , DS Nizar selaku bekas MB yang di curi negeri nya terpaksa pergi juga demi rakyat yang diwakili nya. macam biasa UMNOBN dengan seribu satu macam kebodohanya dengan sombong dan angkuh nya sekali lagi menafikan hak seorang wakil rakyat P.R .
D,S Nizar digantung sehari kerana nak menyuarakan perkara kabaikan rakyat. secara peribadi aku fikir x perlu pergi lansung . buang masa saja layan orang gila kuasa macam umnobn ni.dalam media utama mereka hentam orang macam nak gila . esok pulak ajak perpaduan . sehari lepas tu tuduh pas sesat pulak. mmg sah umnobn ni dah jadi gila .
di peringkat rakyat pulak umno ni konon nya tunjuk baik . . kita ni bersaudara lah . orang melayu ni kena berpadu lah . tetapi bil kiat nak bagi penerangan kepada rakyat depa hantar FRU . SAMPAI DALAM HUTAN DI KAMPONG2 PUN BUAT SEKATAN JALAN RAYA . lawak sungguh politik depa ni. umnobn ni WAJIB dihancurkan sehingga akar umbi kalau nak tengok malaysia ni aman dan makmur. kalau tidak habis dikerjakan ekonomi negara ini. kalaup[un P.R ambil alih negara ini . jenuh kita nak tanggung hutang yang umnobn but.. yang pasti mereka 2 yang rasuah tidak akan di lepaskan begitu saja . SPRM akan kita beri kuasa penuh untuk mendakwa mereka yang khianat.

Sunday, July 11, 2010

Pengalaman yang tidak dapat dibeli



Semalam aku diminta merasmikan satu cawangan kelab penyokong pas bagi kawasan Tambun Ipoh Perak. kehadiran orang baru dikalangan masyarakat non muslim yang ingin bersama dengan PAS dalam mengharungi gelora politik tanahair amat mengejutkan semua pihak . semua perkiraaan politik secara sekular menjadi kaku kerana apa yang berlaku diluar perkiraan mereka . Inilah kuasa Allah.bila Allahkata jadi maka terjadi lah apa yang kita saksikan sekarang .
terkelu lidahku bila berhadapan dengan suasana ini.hanya ucapan tahniah dan terima kasih saja lah kepada mereka kerana berani menongkah arus fikiran dan pandangan politik sekular. terbuktilah yang kebaikan yang ditunjukan olehn pimpinan dan ahli 2PAS selama ini sebenarnya diperhtikan dan diamati oleh masyrakat non muslim.aku yakin jika kita dapat menunjukkan contoh dan tauladan yang baik makin ramai lagi yang akan bersama 2 kita .
sehubungan itu aku menyeru lah kepada semua pendokong dan penggerak jamaah PAS ini agar dapat memberikan lebih perhatian kepada mereka ini. gaulilah mereka dengan sebaik2 nya. ambil tahu masalah mereka .bantu setakat mana yang mampu.kalau boleh setiap kawasan ada ajk DHPP nya sebagai jambatan antara PAS dan masyarakat bukan islam.semoga apa yang kita lakukan ini menjadi cahaya dakwah yang akan menerangi dalam hati sanubari mereka . insyallah lepas ini kita akan adakan dailog di gereja Methodist Ipoh pulak .

Wednesday, July 7, 2010

Disebalik sebuah kejayaan dan perjuangan


Kali ini aku nak post kan sebuahkisah disebalik perjuangan ku dalam jamaah ini.gambar ini adalah gmbar isteriku yang amat aku sayangi . kasehi.kagumi.
Namanya Saodah bt mat arip .seorang gadis kampong yang ku kenali ketika kami sama 2 bekerja dikuala lumpur lagi. ketika mula mengenalinya lagi aku dapat raskan yang dia ini lain dari yang lain.haiii mana nak cari dikuala lumpur ni gadis yang menolak ajakan kita untuk keluar berjalan 2. susah nak jumpa.. bukan sekali bahkan berkali2
Kami berkahwin pada tahun 1988 dengan susana yg sederhana sahaja.
Kami dikurniakan dgn 2 org anak lelaki sahaja.kemudian kami menerima 3 lagi anak perempuan anak saudara yg kematian ayah nya. kami pun ambil tanggungjawab itu dgn penuh keinsafan tentang kelebihan membela anak yatim.sehinggalah mereka sekarang sudah dewasa.
Balik kepada tajuk tadi .dalam kesibukan mendidik anak dan bekerja mencari rezeki sempat juga aku melibatkan diri dalam jamaah islam iaitu PAS. Walaupun ketika anak masih kecil kami tidak jadikan alasan untuk tidak bergerak dalam jamaah. masih ku ingat yng kami membawa anak 2 sekali dalam pilihanraya DUN BAYU di Baling kedah turun berkempen dengan kawan 2.ketika itu ust. Azman Shapawi Timb NKP Pusat masih lagi seorang pelajar maahad.
dari setahun kesetahun dari satu pilihanraya ke satu pilihanraya kami bergerak kadang 2bersama kadang aku inggalkan dia dgn anak 2.
Belum pernah sekalipun dia merungut itu dan ini kalau aku bergerak kerana jamaah.walaupun sesusahmana pun dia akn memberi sokongan kepada ku.
Dari seorang ahli biasa .cawangan . kawasan dan negeri dan kini membantu LPN Pusat menggerakkan DHPP aku sentiasa mendapat sokongan dari dia tanpa syak wasangka dan juga melebihkan kepentingan jamaah dari peribadi. besar sungguh pengorbanannya.

melihatkan kepada muslimat sekarang aku berasa sangat bangga mendapat seorang isteri yang amat memahami peranan nya sebagai isteri kepada seorang amilin jamaah.

Post ini ku tujukan hayan pada mu SAODAH BT MAT ARIP. LOVE U ALWAYS

Tuesday, July 6, 2010

THE final leg of the DHPP Perak.







6 julai 2010 . adalah bulan 2 terakhir DHPP Perak akn dilancarkan di Hotel Hillcity
Ipoh Perak. pada 31 hb 7.2010. sekarang ini semua aktiviti dibekukan buat sementara waktu.Begitu juga penyelaras KPP pun beku jugak lah.. hampir 2 tahun aku sibuk dengan aktiviti KPP. alhamdulilah semua nya bergerak lancar saperti yg dirancang. saperti biasa semua organisasi akan melalui tempoh peralihan . insyallah senarai ahli jawatankuasa DHPP akan diumumkan pada 31 hb 7 .2010 ini . let me tell you brother. it is not an easy job to unite three races together under one roof.
apa 2 pun aku telah cuba buat yang terbaik semampu mungkin.mungkin banyak kelemahan ku tetapi itu lah yang ku mampu buat sebagai tanda kenangan ku kepada jemaah atau parti PAS ini.seluruh negeri Perak telah ku jelajah dalam nak menghidupkan DHPP atau dahulunya dikenali sebagai KPP. semuga ianya terus bergerak dengan lancar demi perjuangan yang tiada akhirnya ini . takbirr takbirr takbirr

Sunday, July 4, 2010

Taklimat aturan DHPP kpd seluruh LPN dan DHPP Perak





Hari ini bertempat di pejabat perhubungan PAS Perak satu majlis taklimat tentang aturn dan peraturan DHPP telah diadakan di sini. .kehadiran sangat lah menggalakan.boleh dikatakan hampir keseluruhan ajk seluruh Perak hadir dalam program ini.

Wednesday, June 23, 2010

Ribut melanda taiping lagi .23 hb.6. 2010







Hari ini 23.6.2010 ribut melanda bandar taiping lagi .juga dengan hujan lebat dan petir. masa itu aku ada di dalam bandar taiping dok pekena roti canai dan teh tarik . gambar yang disertakan menunjukan suasana yang terjadi selepas ribut itu.

sepatutnya ianya menjadi renungan tentang kerdilnya kita dihadapan tentera allah , dan selalunya manusia alpa dan leka dengan peringatan allah.

to warga taiping please take note.

Monday, June 21, 2010

Ziarah AJK DHPP yg kematian ibunya di kuala kangsar














Hari ini aku pergi menziarahi seorang ajk dhpp bukit gantang iaitu sdr siva foreman . jenazah ibunya dibawa ke kampong beliau iaitu di taman talang kuala kangsar. dan itulah kali pertama aku melihat sendiri persiapan jenazah kaum india .satu pengalaman yang berharga . sebagai seorang penyelaras DHPP Perak kehadiran ku menjadi satu pumbuka mata kepada masyarakat india setempat dan membuka minda mereka tentang perjuangan PAS untuk semua kaum .tentunya ISLAM FOR ALL

Saturday, June 19, 2010

Ulangtahun ke 23 perkahwinan saya dan isteri di Penang
















Hari ini 19.6.2010 aku dan isteriku telah bercuti sehari di Penang. kami kesana berdua dan menginap di salah satu hotel di tg,tokong. berhampiran pantai. petang nya kami berjalan 2 di GURNEY DRIVE dan Padang Kota Lama. juga kami pergi menziarahi seorang kenalan baru aku dalam facebook.

Friday, June 18, 2010

KE PEJABAT PENDAFTARAN PERTUBUHAN . kes kuil sri mariamar.


Hari ini aku . sdr naliraja . yb zainuddin dan swami acuthan telah pergi ke pejabat pendaftaran pertubuhan di Ipoh untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai permohonan pihak kuil ini untuk mendapatkan hak milik tanah keatas tapak kuil di ladang sin wah atau skrg dikenali sebagai ladang metro.sebagai jemaah islam kita akan membela nasib semua kaum dan agama.mencermin kan kebesaran agama islam

Tuesday, June 15, 2010

ISLAM FOR ALL



Hari ini saya diajak oleh ajk DHPP Perak ke ladang SIN WAH atau sekarang dikenali sebagai ladang METRO untuk menyelesaikan satu pertikaian status tanah sebuah kuil iaitu kuil sri mariamarr. kami dibawa berjumpa dengan ketue swami yang bertugas untuk dapatkan penjelasan sebenar dari beliau.saya .sdr naliraja ketua dhpp taiping sdr abg hamid dhpp ipoh sdr thanimalay dhpp tambun berjanji akan cuba membantu beliau membuat permohonan baru. sesungguhnya islam itu tinggi dan islam adalah untuk semua

Monday, June 14, 2010

Muktamar PAS ke 56. suatu sejarah baru


Aku telah menghadiri muktamar PAS ke 56 di PUTIK kelantan pada 10 hingga 12 hb .sebagai perwakilan dari Taiping . dan juga sebagai tok penghulu Dewan Himpunan Penyokong Pas DHPP.KAMI TINGGAL DIHOTEL k.b HOTEL DI BANDAR KOTA BAHARU . satu pengalaman yang akan menjadi bahan sejarah

Penubuhan DHPP tidak canggah prinsip Syariah - Dr. Mujahid

Penubuhan DHPP tidak canggah prinsip Syariah - Dr. Mujahid

Sunday, May 30, 2010

TAIPING HARI INI.RIBUT N TOPAN


Hari ini Taiping dilanda ribut. di merata 2 tempat. yang paling teru sekali ialah dikawasan Tupai dan Pokok Asam.. kelam kabut jugaklah.kedai saya pun kena jugak .Bagi ku ini adalah tegursapa allah pada ku mengingatkan daku akan kesalahan dan kealpaanku.Terimakasih ya allah.

Facebook | DrHalimah Ali: SAAT BERSEJARAH

Facebook | DrHalimah Ali: SAAT BERSEJARAH

Wednesday, May 26, 2010

D'Perbatasan: Siasat 'pengkhianatan' Negara

D'Perbatasan: Siasat 'pengkhianatan' Negara

Malaysia ku . apa sudah jadi

Baru 2 ini saya ke kuala lumpur .untuk menghadiri Perasmian Dewan Himpunan Penyokong PAS. Sebelum tu ronda 2 dulu area Sunway .tetiba jer nampak satu pandangan yg agak kontradik sikit .. meh kita kongsi bersama . diatas ini disebelah kanan adalah pusat hiburan dan perniagaan sunway lagoon . dan dibawah ini pulak dihadapan patung singa ini ada sebuah masjid pulak. orang kedah kata ...ish ish ish apa nak kata . negeri islam ke negeri FIRAUN HE HE HE SENDIRI MAU INGAT BANG

Tuesday, May 25, 2010

MESEJ KEHARMONIAN HIDUP BERAGAMA // Blog Tok Guru

MESEJ KEHARMONIAN HIDUP BERAGAMA // Blog Tok Guru

Hari santai buat ku menulis


Hari ini aku rilex saja kat umah sambil mengenangkan betapa rasa puashati bila dapat bersama dengan Lujnah Perpaduan Nasional dalam menggerakan dulunya Kelab penyokong PaS kepada Dewan Himpunan Penyokong Pas.aku mula terlibat bila aku dilantik sebagai pengerusi lujnah perpaduan nasional Pas kawasan Taiping. Sebaiksaja aku dilantik aku terus kumpulkan kawan yang berminat untuk bantu . selepas itu kami bermesyuarat bagaiman nak gerakkan lujnah ini . aku .sudin .hj apardi . ibrahim. hanim. kak nah dan ramaai lg yg tidak dapat ku sebutkan . lepas itu kami tidak menoleh kebelakang lagi terus menyusun pelbagai program yang berunsurkan kebajikan . ramai rupanya orang bukan islam yang berminat untuk bersama 2 dengan PAS ini.lebihkurang 2 tahun nak ke PRU ke 12 kami dah ada satu rangka ajk kelab ini. banayk lah program 2 yang kami gerakan degan bantuan seorang ketua kelab yg rajin dan berdedikasi iaitu en Balasundram a l kandiah. seorang bekas tentera. denag usaha dan kerja kuat beliau banyaklah ruang dan kerja buat yg dapat kami lakukan . perlu juga saya sebutkan beberapa nam lain yang banyak membantu . puan krishnaveny dari taman yayasan . sdr jack dari kg. baru kemunting. sdr naliraja yg merupakan ketua DHPP skrg.

Selepas itu maka berlakulah pertukaran kerajaan negeri Perak kepada Pakatan Rakyat.

Maka usaha dalam kelab penyokong pun bertambah giat lagi dilakukan .banyaklah kerja2 kebajikan dapat dilakukan dengan bantuan pejabat kebajikan masyarakat Taiping.
dan bertambahramai lagi ahli2 kelab . sementara itu perbincangan demi perbincangan terus dilakukan untuk menaiktarafkan kelab penyokong ini kepada dewan himpunan.
aku pulak dilantik untuk duduk dalam ajk peringkat pusat . akhirnya satu draf Aturan dan Peraturan telah dapat di keluarkan yang diketuai oleh yg di hormati Ust. Hassan Shukri. yg dianggap pakar perlembagaan PAS

Maka setelah tiga kali bacaan di mesyuarat PAS Pusat ianya pun diluluskan . PADA 23.5 2010 SATU SEJARAH BARU DALAM GERAKAN ISLAM DUNIA pun berlaku ia itu satu dewan himpunan penyokong non muslim telah di tubuhkan di dewan serbaguna kelang dan di rasmikan oleh Dato Seri tn. Guru hj. Abdul Hadi Awang Presiden PAS . iANYA TURUT dihaddiri ramai pimpinan Pakatan rakyat DAN MASYRAKAT PELBAGAI KAUM . syabas untuk semua. dan marilah kita semua pendokong PAS untuk menjayakan usaha murni ini

KHALIL SAMAD: MASA MUDA YANG BERLALU

KHALIL SAMAD: MASA MUDA YANG BERLALU