Wednesday, July 7, 2010

Disebalik sebuah kejayaan dan perjuangan


Kali ini aku nak post kan sebuahkisah disebalik perjuangan ku dalam jamaah ini.gambar ini adalah gmbar isteriku yang amat aku sayangi . kasehi.kagumi.
Namanya Saodah bt mat arip .seorang gadis kampong yang ku kenali ketika kami sama 2 bekerja dikuala lumpur lagi. ketika mula mengenalinya lagi aku dapat raskan yang dia ini lain dari yang lain.haiii mana nak cari dikuala lumpur ni gadis yang menolak ajakan kita untuk keluar berjalan 2. susah nak jumpa.. bukan sekali bahkan berkali2
Kami berkahwin pada tahun 1988 dengan susana yg sederhana sahaja.
Kami dikurniakan dgn 2 org anak lelaki sahaja.kemudian kami menerima 3 lagi anak perempuan anak saudara yg kematian ayah nya. kami pun ambil tanggungjawab itu dgn penuh keinsafan tentang kelebihan membela anak yatim.sehinggalah mereka sekarang sudah dewasa.
Balik kepada tajuk tadi .dalam kesibukan mendidik anak dan bekerja mencari rezeki sempat juga aku melibatkan diri dalam jamaah islam iaitu PAS. Walaupun ketika anak masih kecil kami tidak jadikan alasan untuk tidak bergerak dalam jamaah. masih ku ingat yng kami membawa anak 2 sekali dalam pilihanraya DUN BAYU di Baling kedah turun berkempen dengan kawan 2.ketika itu ust. Azman Shapawi Timb NKP Pusat masih lagi seorang pelajar maahad.
dari setahun kesetahun dari satu pilihanraya ke satu pilihanraya kami bergerak kadang 2bersama kadang aku inggalkan dia dgn anak 2.
Belum pernah sekalipun dia merungut itu dan ini kalau aku bergerak kerana jamaah.walaupun sesusahmana pun dia akn memberi sokongan kepada ku.
Dari seorang ahli biasa .cawangan . kawasan dan negeri dan kini membantu LPN Pusat menggerakkan DHPP aku sentiasa mendapat sokongan dari dia tanpa syak wasangka dan juga melebihkan kepentingan jamaah dari peribadi. besar sungguh pengorbanannya.

melihatkan kepada muslimat sekarang aku berasa sangat bangga mendapat seorang isteri yang amat memahami peranan nya sebagai isteri kepada seorang amilin jamaah.

Post ini ku tujukan hayan pada mu SAODAH BT MAT ARIP. LOVE U ALWAYS

No comments:

Post a Comment