

Semalam aku diminta merasmikan satu cawangan kelab penyokong pas bagi kawasan Tambun Ipoh Perak. kehadiran orang baru dikalangan masyarakat non muslim yang ingin bersama dengan PAS dalam mengharungi gelora politik tanahair amat mengejutkan semua pihak . semua perkiraaan politik secara sekular menjadi kaku kerana apa yang berlaku diluar perkiraan mereka . Inilah kuasa Allah.bila Allahkata jadi maka terjadi lah apa yang kita saksikan sekarang .
terkelu lidahku bila berhadapan dengan suasana ini.hanya ucapan tahniah dan terima kasih saja lah kepada mereka kerana berani menongkah arus fikiran dan pandangan politik sekular. terbuktilah yang kebaikan yang ditunjukan olehn pimpinan dan ahli 2PAS selama ini sebenarnya diperhtikan dan diamati oleh masyrakat non muslim.aku yakin jika kita dapat menunjukkan contoh dan tauladan yang baik makin ramai lagi yang akan bersama 2 kita .
sehubungan itu aku menyeru lah kepada semua pendokong dan penggerak jamaah PAS ini agar dapat memberikan lebih perhatian kepada mereka ini. gaulilah mereka dengan sebaik2 nya. ambil tahu masalah mereka .bantu setakat mana yang mampu.kalau boleh setiap kawasan ada ajk DHPP nya sebagai jambatan antara PAS dan masyarakat bukan islam.semoga apa yang kita lakukan ini menjadi cahaya dakwah yang akan menerangi dalam hati sanubari mereka . insyallah lepas ini kita akan adakan dailog di gereja Methodist Ipoh pulak .



